Thursday, 8 October 2009

Rahmat Itu Luas





Monday, 5 October 2009

Ilham anugerah Allah

Salam.....

Di awal pagi semalam ana terbangun subuh agak lewat kali ini, astragfirullah....
"Ya Allah ampunkanlah dosa hambamu yang alpa ini"
mata ana agak mengantuk lagi oleh sebab ana tido agak lewat semalam. Pengalaman pertama ana di A&E.Sagat mengujakan. Melihatkan HO Vani nampak keletihan, ana teman dia ke ward. Tatkala sampai di ward ade 2 admission. Jam 2.00 baru ana pulang ke rumah.
Ana gagahkan juga membuka mata...namun terlelap juga tatkala membaca Al-Quran di hening pagi itu. Ana melabuhkan badan di katil utuk tido sebentar. Di hati ini dalam dilema untuk ke rumah Dr Shu untuk case presentation. Mengikut jadual jam 9 ana perlu berada disana tetapi kepenatan melanda, tak terdaya untuk banggun. Handphone vibrate...argh rasanya kenapalah terdengar bunyi vibration...digagahkan juga mengangkat...suara dicorong teliga sangat dikenali...sahabatku dalam keadaan tertekan...berdesup rasa simpati dan ana menjadi pendengar yang baik...namun tanpa aku sedari kata-kata yang keluar dari mulutku sebenarnya peringatan untuk diri ana sendiri...bertapa luasnya hidup ini jika kita pandang dari sudut yang berlainan...ana tersentak dengan diri sendiri apakah dan bagaimanakah ana mampu mengeluarkan bait-bait ayat sedemikian...terlalu spontan dan ana mendengar suara tangisan sahabat ana yang tersentuh...rasa bersalah mula menyelinap di setiap ruang hati...namun dengan kelantangan itu sebenarnya telah menyentuh hatinya tanpa ana sedari...Alhamdulillah itulah morning booster buat ana juga sebenarnya...bila terfikir kembali...ana terus bersiap dan mengagahkan diri ke rumah Dr shu walaupun agak lewat...dalam mencari ilmu perlukan pengorbanan dan ana korbankan masa rehat ana untuk menimba ilmu walaupun di mata orang lain agak sekejap...namun hanya diri ini merasakan bertapa Allah melimpahkan ilham padaku....Ya Rabb..."cakap serupa bikin"

Tuesday, 11 August 2009

Armani

Thursday, 30 July 2009

di takuk lama

salam.....
berhabuk sudah blog ini....
tak berpenghuni....
tuan punya badan sendiri tiada hati dengan blognya....
mengapakah jadi begitu?
setiap kali aku berkunjung....
hatiku entah hilang kemana....
heran....
mungkin aku dah tak ade ape-ape perasaan tentang kehidupan aku sendiri....
hanya bermonolog sendiri....
suka dan duka ditelan....
tiada apa yg nak dizahirkan disini buat masa ini....
yang pasti kehidupan ku berselang seli dengan kegembiraan dan duka....

feels empty....feeling excited sometimes....thinking almost of the time....

Tuesday, 30 June 2009

I am going to miss.......

My housemates of B305....
My roomates (faran & sara)
My M11 of year 2 of MBBS (2008/2009)
My mentor
My group study

i miss a lot of people lately

Saturday, 20 June 2009

Bila Cinta Berbicara

Salam to all....
alhamdulillah dan tahniah buat organizer....
bagi slot "Bila Cinta Berbicara"

‘Bila Cinta Berbicara’

Cinta vs CINTA?
CINTA sebenar itu harus terbit daripada emosi dan naluri fitrah manusia…

Talk : ‘Bila Cinta Berbicara’
Speaker : Madam Sallahwahyu
Date : 19th June 2009
Time : 7.30 p.m – 11.00 p.m
Venue : Hall 3, Cyberjaya University College of Medical Sciences

Tentative Programme:

7.15 : Arrival of student
7.30 : Maghrib Prayer - ‘KULTUM’(kuliah 7 minit)
8.00 : Dinner (provided)
8.30 : Isya’ Prayer
9.00 : Talk session start
Introduction/ Video Presentation
9.15 : ‘Bila Cinta Berbicara’
10.30 : Q & A session
11.00 : Disperse

mungkin bagi sesetengah pihak "sceptical" untuk tajuk sebegini, pada mulanya aku juga berpandangan sebegitu, bila difikir kembali ilmu Allah ini sangat luas dan ilmu ini boleh disampaikan dengan pelbagai cara dan setiap individu mempunyai potensi tersendiri.Cara penyampaian berbeza dan tidaklah seseorang itu rugi apabila menimba ilmu walaupun berulang-ulang. Kita sangatlah kerdil disisiNya. Amatlah malu kita jika tiada usaha dan merasakan ilmu didada kita sudah cukup.

Rahmat yang tidak terhingga ku rasakan menyelinap dihatiku.Janganlah kita memandang enteng dalam berbicara tentang cinta dan persoalan hati kerna itu adalah anugerah dan fitrah yang suci yang diberikan oleh Pencipta.Harapanku akan datang didatangi cinta yang bersandar Maha Esa untuk kebahagian didunia dan akhirat.

Sikap & Attitude

"Ur Sikap, saya tak berkenan"

a sms come...
sedih bila membacanya...
terfikir sejenak adakah pengirim sms ini sungguh mengenali diri ini?
tapi tidak mustahil...
pengirimnya sangat mengenali diri ini...
aku redha dengan statement itu...
bila buat reflection...banyak jugak perkara-perkara yang
-aku terlepas pandang
-aku tak sedar
-aku ambil ringan

terima kasih pada pengirim sms itu...
kerna dengan ini aku lebih muhasabah diriku...
tapi bagi aku kekurangan dan kelemahan seseorang itu sangat subjektif...
manusia tidak sempurna...
aku juga tidak terlepas...
adakah ini persoalan utama untuk seseorang itu tidak boleh terima diri ini seadanya?

pada sahabat-sahabatku...aku sangat dahagakan kritikan yang membina untuk aku terus memperbaiki diri ini...