Sunday 3 August 2008

Program SMK DSN

salam......

kembalinya diriku ke seremban......
khamis 24 julai 2008......
serabut diri ini dibuatnya......
Alhamdulillah......sha ada disisi untuk terus membantu......."sha you did a great job"
tak kurang juga sahabat-sahabat yang lain di cyberjaya yang byk membantu dalam kita sama-sama merangka selama ini.....
ada yang sedang berentap lagi.....dan ada yang sudah "standby" awal......
"last minute" kami diminta untuk mencari pengganti untuk slot sekolah.....
Allah sahaja yang tahu bertapa kalutnya diriku.....
Faran mengatur pertemuan bersama Prof Latif.....ikhtiar mencari penyelesaian.....
alhamdulillah......Allah memudahkannya......Dr Yusof berkesempatan bersama program kami....
apa yang aku kesal dengan diriku hingga ke hari ini....
aku tidak dapat lagi berhubung dengan Prof secara peribadi mengucapkan "Syukran Jazilan"....
insyAllah akan ku tunaikan....
thanks to faran.....

Thank You Sahabat-sahabat cyberjaya......

Pada hari kejadian....
25 Julai 2008

aku dan sha dijadualkan (mengikut perancangan awal) sampai disekolah sekitar jam 11 pagi...
tetapi atas kesulitan yang kami alami.....untuk mendapatkan perkhidmatan photostat....
kami sampai sama malah lewat sedikit dari sahabat-sahabat ku dari cyberjaya.....
maaf dipinta.......kami solat dan makan tengah hari bersama.....
Pendaftaran bermula tepat pada jam 2.30 petang......
Alhamdulillah jumlah pendaftaran peserta mencecah 76 orang....kurang 4 orang daripada kami "target"...... Dalam pada masa yang sama, sahabat-sahabat daripada UIA selamat tiba..."ahlan wasahlan"
Slot bersama Dr Yusof sangat menepati pendahuluan program ini....
kita merancang Allah menentukan.....terpancar hikmahnya dari apa kesulitan yang kami alami....Allah maha penyayang......

Para Fasilitator meneruskan persiapan untuk diberikan kepada para peserta.....
"Briefing" pertama diadakan sebaik sahaja selesai slot bersama Dr Yusof....
bila difikir-fikirkan kembali...."moment" ini sangat terkesan pada diri ini...bagiku...lemah sistem penyampaian aku....insyAllah dari semasa ke semasa akan aku tingkatkan....

ketika taklimat program......aku tiada....memang silap besar....tapi ada 2 pilihan yang hendak atau tidak aku mesti laksanakan.....finally from what i believe Zaizul did very well during that slot....thanks....tiba di sekolah kembali pada waktu magrib.....sama sampai dengan sahabat UIA sebuah kereta lagi.....

TASMi'
Insaf aku dibuatnya...adik-adik merangkap bekas anak didikku....ditasmi' bacaan solat....gandingan fasilitator "group 5" shamir dan aku sabar mentasmi' peserta kumpulan 5....sesungguhnya slot ini secara tidak langsung juga mengingatkan diri ini.....bertapa bacaan dalam solat ini penting dalam kita mencapai kesempurnaan solat.....tahniah shamir walaupun kita belum lagi berkenalan secara dekat pada waktu itu...tetapi keserasian mengendalikan peserta dalam kumpulan itu tetap ada....berhenti untuk solat isya'.....

LDK 1....
aku terpaksa meninggalkan kumpulan 5....Shamir sahaja berkesempatan bersama mereka.....
aku menjadi runner sebentar, prep & tech & ada perkara yang sepatutnya dibincangkan dengan PC I - Zuhri....

Malam tu....aku berjaga bersama faran dan sara.....tetapi bertahan sehingga 330 pagi sahaja...hari yang sangat memenatkan......bilik guru perempuan menjadi tempat penginapan fasilitator sisters dan bilik kaunseling untuk fasilitator brothers....

26 Julai 2008

BLS....thanks to 4 guys from CUCMS....(Afiq,Chia,Josh & Imran)....u did very well guys....
pagi2 lagi para peserta telah didedahkan dengan trainning Basic Life Support (BLS)....alhamdulillah nampak mereka sangat berminat untuk belajar......peluang ini secara peribadinya aku garap untuk "polish skill" BLS....

bengkel JAWI dikendalikan oleh pihak sekolah....menarik juga...benyanyi sambil belajar jawi....it reminds me tadika time & primary school memories.....

LDK2...bermula pada 230ptg.....
masa ni...fasilitator bersama-sama turut serta dalam LDK ini...kumpulan fasilitator dinamakan "DONUT BOOM"...Ahli-ahlinya (harith,jimmy,sara,faran,sad,sham,wani,mum dan 'iffah)...haha memang lawak....tapi "reflection" yang kami praktikkan ialah teamwork...alhamdulillah prestasi kami dapat memberi contoh pada adik-adik walaupun hanya mendapat no2......tahniah "donut team"......
kali ini agak menggelabah sikit selepas bermain.....tiba masanya mahu "testing" sound system untuk malam ini....thanks to farhana yusof....dengan adanya speaker yang sgt gempaq.....kami "testing" di kamar sidang......masa tengah "testing" tu berkesempatan jugak dua kawan lama ini heart to heart talk....thanks farhana....kini ku lebih mengerti...huhu....

Sukaneka "Back To Basic"
Upacara bermain.....permainan yang kami sediakan agak menguji ketahanan mental dan juga fizikal....setiap permainan pasti ada strateginya tersendiri.....ini semua boleh dikaitkan dengan konsep fizik...sifat-sifat jirim....selaras dengan temanya "back to basic"....tetapi diakhir sesi ini...kami adakan sesi untuk peserta renung kembali....setiap apa perbuatan kita mesti fikir sebelum buat...tidak dinafikan cabaran dugaan dan "distraction" menjadi perencah kehidupan tetapi mahu atau tidak kita mesti laluinya persoalannya sejauhmanakah kita menggunakan kebijaksanaan kita dalam menghadapinya...belon dan air......agak kejam juga fasilitator mengenakan anak-anak buahnya....tetapi semua itu ada "pro" n "cons"......

petang yang agak tegang...berbicara bersama zuhri...segi luaran seperti semua berjalan dengan baik...tetapi ada perkara patut kita perbaiki....

Tazkirah 
Saya kagum dengan tazkirah yang disampaikan oleh En. Jufitri.....sayangnya saya tidak berkesempatan untuk mengikutinya dari awal hingga akhir....menunggu ketibaan ateh..

ATEH....
alhamdulillah sampai juga ateh...perbincangan ringkas bersama ateh sebelum beliau memulakan sesi...dalam berbincang banyak perkara-perkara yang kami sentuh....entah bagaimana hati saya tersentuh...bagaikan abang dan adik sedang berbicara....sedikit demi sedikit sebenarnya terungkai masalah yang bersarang difikiranku pada masa itu....Allah Maha Besar & Maha mengetahui....para fasilitator yang lain mengadakan mesyuarat tergempar di kamar sidang .....1/2 daripada slot itu tidak mereka tidak dapat hadirkan diri.....aku sepatutnya perlu bertindak lebih bijak pada masa itu.....tetapi aku yakin dan pasti "semua ini pasti ada hikmahmya"......di akhir slot aku juga tidak dapat menahan air mata.....terasa diri ini sangat kering...ya Allah banyaknya dosa hambaMu ini....tetapi syukur setidak-tidaknya aku kembali mengingatkan diriku sendiri...Allah masih membuka jalan-jalan untuk kita terus memohon ampun dariNya...ameen..thanks to Izzat byk memberi komentar & tolong assist sesi ateh.....

Post Morterm.....
Alhamdulillah...tapi sayangnya zuhri tidak dapat bersama-sama pada post mortem kali ini..sepatutnya diri ini berganding dengan zuhri untuk "chair" post mortem ini....terima kasih barisan fasilitator(sahabat-sahabatku) atas teguran,nasihat,peringatan,musywarah & profesionalism dalam kita membetul dan memperbaiki keadaan.....maaf dipinta pada semua atas kekurangan diri ini dan kata-kata yang agak keras....SYUKRAN JAZILAN Sahabat-sahabatku.... sebenarnya team/gandigan kita hebat dan mantap!!!!! insyAllah akan datang kita akan meningkatkan prestasi kita.....ameen

27 Julai 2008

Amazing Race
Menggantikan exercise...huhu...ada 8 station....setiap station ada aktiviti tersendiri....apa yang penting disini.....mereka mengaplikasikan kembali setiap apa yang telah mereka pelajari...sepanjang 3 hari ini....Station paling memenatkan station 2 ( fitness station) station jimmy,anis,wani dan farhana....huhu...station lain sudoku,BLS,kantin,petanque,bridge,huruf,
 dan air&minyak....semuanya kepenatan....

LDK3......
Video presentation & Laptop ajaib......
its sounds funny but deep meaning.....thanks harith & razak.....
to 'iffah u did very good job.....

Majlis Penutup......
Again I put a blame on me.........but everything went smoothly.....
thanks to atiqah,niza and shamir.......
to others thank you so much you gave very good cooperation.....
tahniah to Fatihah(peserta yang menjadi MC untuk majlis penutup)......

Sesi bergambar.......hope you guys happy,enjoy and get benefit/reflection on our effort...

Jutaan Terima Kasih......
1) Pengetua,Ustaz Dzul,Kaunselor dan guru-guru yang terlibat SMK DSN
2)Para penceramah Jemputan
3)Barisan Fasilitator CUCMS & IIUM (23 orang)
*Zuhri
*Shahadah 
*Sadrina
*Sara
*Razak
*Zaizul
*Firdaus (YB)
* kak Izzati
*Izzat
*Harith
*Juwaidi(Juju)
*Za'faran
*Shamimi
*Mumtazah
*Amirah
*Niza
*Farhana
*'Iffah
*Najmi
*Shamir
*Atiqah
*Anis
4) Penderma
5) sahabat-sahabat yang lain sama-sama merangka program ini (CUCMS & IIUM) tetapi tidak dapat hadir
*Fitri (CUCMS)
*Naeem (CUCMS)
*Firdaus(IIUM)
*Hafiz (IIUM)
6) Senior-senior PPINS yang sempat hadir
7)PPINS & PPIM SC CUCMS
8)yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
9)76 peserta yang hadir

Secara peribadinya saya mengucapkan tahniah,syukur,syabas kepada semua yang menjayakan program ini......mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan kekurangan....semoga kita sama-sama beroleh berkat dan manfaat atas apa yang telah kita kerjakan.....insyAllah kita akan bertemu kembali jika terjalin lagi kolobrasi bersama......


Wasalam..............Syukran Jazilan


2 comments:

Anonymous said...

alaaaaaaa ruginye i tak dpt join! i bet u n d rest did a wonderful job kan kan?? :D

raja hazwani aimi said...

huhu everybody bravo!!!!!.....
ill try to get some projects for us...
yeay its was really enjoying