Thursday 6 November 2008

Untuk Diri Ku

UNTUKMU HAWA
Seindah Hiasan Adalah Wanita yang solehah
Sebagai renungan dan peringatan buat diriku dan sahabat2 yang lain
Hawa,
Andai engkau masih remaja,
Jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu.
Andai engkau sudah bersuami
Jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
Andai engkau masih ibu,
Didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin
Jangan kau risau jodohmu,
Ingatlah hawa janji Tuhan kita.
Jangan dimulakan sebuah pertemuan
dengan lelaki yang bukan muhrim,
kerana khuatir dari mata jatuh ke hati,
maka lahirnya senyuman
maka tercetusnya salam
dan sekaligus disusuli
dengan pertemuan takut lahirnya
nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya,
Lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,
keremajaannya, serta kemampuannya menggoncang iman lelaki,
tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan
pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya
kerana dia takut memberi kesempatan
kepada syaitan untuk menggodanya.
Lelaki yang warak juga tidak mahu
bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat
dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita
yakni sebuah perkahwinan.
Oleh itu hawa,
Jagalah pandanganmu,
Awasilah auratmu,
Pelihara lah akhlakmu
Kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan tiada cinta
daripada Adam untukmu,
Cukuplah hanya cinta Allah
Memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu.
Biarlah hanya cinta daripada
kedua ibu bapamu yang memberi
hangatan kebahagiaan buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta adik-beradik
serta keluarga yang membahagiakan dirimu.
Hawa..
Cintailah Allah di kala susah dan senang
kerana kau akan memperolehi cinta
daripada insan yang juga mencintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu
kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu
kerana kau tak akan jumpa
cinta yang bahagia selain
daripada cinta keluarga.

2 comments:

Anonymous said...

Salam Wani,
Salam ziarah dan terima kasih kerana sudi singgah di website aunty.
Nice bloq.keep update ya.
Take care

daily elly said...

=))))))))))))