Thursday 7 May 2009

Penyucian Jiwa

terkedu aku pada sapaan memori lalu
mula menerjah di ruang fikiranku
bayangan dosa silam mengusik hati
tanpa sempatku mendungi lagi
sering tertanya adakah derita tiada penghujungnya
apakah air mata tiada ertinya
mengapa harus aku terleka dan jua alpa

(coretan hati ini mengenang kembali dosa-dosa yang lalu, dosa-dosa yang terbuat atau segaja ditempah dalam keadaan sedar,aku dhoif,aku lalai,aku menyimpang,aku tak layak dipuji,hina sungguh diri ini, lirik diatas sangat menyingkap apa yang aku rasa sekarang,aku bimbang Allah menutup pintu taubat,kerna aku pernah berjanji untuk tidak mengulangi lagi,namun aku menghumbankan diriku kelembah itu, permainan syaitan yang berpesta tika aku longlai dan tunduk pada hawa nafsu,aku mencari ketegasan yang selama ini menjadi perisaiku,aku mencari pengaruh yang selama ini menjadi benteng untuk aku dalam keadaan selamat, aku mencari halwa iman yang sentiasa menjadi pedang-pedang kepada bisikan-bisikan syaitan.Apakah Allah telah tarik semua nikmat itu?,nauzubillah tak sanggup aku kehilangan nikmat-nikmat itu.Kerdil sungguh diri ini,malu pada Pencipta seolah-olah aku menjadi insan yang tidak bersyukur. Ya Allah ampunkan dosa-dosa hambaMu ini)

sekian lama meniti bara
bara dunia
mencari segenggam rahmat sinaran iman
bicara tadahan doa
jua amalan diri
agar hidup matiku hanyalah untukMu

(setelah berbelas tahun aku membina diri,mencorakkan perwatakan untuk mencapai rahmatMu namun aku tersungkur jua akhirnya,Ya Allah aku merindui diriku yang sangat dekat padaMu)

terima kasih Tuhan Maha pengasih
di atas rahmat Mu
Kau limpahkan
bagaimana harus aku membalasnya
tanda cintaku
kepadaMu Kau kekasih hati

(Aku bersyukur kerna Kau timbulkan rasa bersalah ini pada ku sesungguhnya aku yakin dan percaya inilah nikmat dan rahmat dariMu,Ya Allah peliharalah diri hambaMu ini dalam segala keadaan, tak sanggup aku berjauhan denganMu, kembalikanlah segala halwa-halwa kekuatan yang pernah Kau anugerahkan pada hamba-hambaMu untuk aku meningkatkan diriku dan terus bertaubat padaMu)

moga ku temui sinaran suci
disebalik onak ku tajam menikam
biar pun luka
masih berbisa
darah mengalir pekat
oh selamanya
akan ku capainya jua

(perrbuatanku membuatkan Kau berpaling, aku sendiri kecewa dengan diriku, aku sendiri merasakan sangat terluka dengan perbuatan-perbuatan dan dosa-dosaku, sesungguhnya aku sangat mendambakan sinaran suci dariMu ya Allah, jauhkanlah diriku dari segala ujian yang tidak mampu aku pikul, aku gagal di medan perang, aku mengharapkan kembali bimbingan Mu supaya aku lebih kental mengemudi kehidupan akan datang yang lebih mencabar)

terimalah hamba yang lemah
tiada berdaya
selaut kasihmu akan ku tadah
biarpun diriku terasa hina
engkau maha pengasih
engkau maha penyayang
hamba datang memohon pertolongan
terimalah dari segala taubat

(Ya Allah TERIMALAH HAMBA Mu ini yang dhoif, TERIMALAH taubatku, TERIMALAH segala kekesalanku.....Ya Allah sesungguhnya aku mendambakan PENGAMPUNAN dariMu....SUCIKANLAH HambaMu ini kembali)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : -
1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2.Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3.Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
4.dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.

Memiliki segulung ijazah bukanlah jambatan mendapat gelaran sebagai ulama’, apatah lagi jika tidak terpancar dari dirinya kehidupan ilmu. Ulama’ bukan sahaja ada ilmu malahan ia memberi sumbangan kepada masyarakat, perkembangan dakwah dan kemajuan negara.-U.Idris Ahmad.

"HaTi yg bersyukur..Lidah yg selalu berzikir serta isteri solehah adalah sebaik2 simpanan.."

jika mereka sibuk mencari cinta,biarlah kita sibuk mencari iman.. jika mereka sibuk mencari pasangan,biarlah kita sibuk mencari keredhaan.jika mereka menangis kerana kecewa bercinta biarlah kita menangis kerana mengenang dosa semalam.jika mereka cintakan kemanusiaan,biarlah kita cintakan tuhan.jika mereka mendambakan kehidupan duniawi,biarlah kita dambakan ukhrawi

Menuntut ilmu adalah taqwa, Menyampaikan ilmu adalah ibadah, Mengulang2 ilmu adalah zikir, Mencari ilmu adalah jihad, (Al-Ghazali)

No comments: